Faktor bersara awal antara punca kekurangan guru bahasa

Hang Soon (empat, kiri) melihat pameran yang disediakan di Galeri Tsung Wah di SMJK Tsung Wah di Kuala Kangsar.
Hang Soon (empat, kiri) melihat pameran yang disediakan di Galeri Tsung Wah di SMJK Tsung Wah di Kuala Kangsar.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Tindakan guru yang memilih untuk bersara awal antara faktor yang dikenal pasti kurangnya guru bahasa di sekolah seluruh negara meskipun pengambilan secara 'one-off' atau sekali pengambilan telah dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelbagai usaha berterusan akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani masalah tersebut.

"Untuk pengambilan 'one-off' tahun lepas, sejumlah 18,702 guru diambil dan didapati lebih 100 guru Bahasa Cina telah ditempatkan di seluruh negara.

"Kita sedia maklum bahawa ada guru yang bersara, mengambil cuti bersalin dan bersara awal bukan mengikut pesaraan wajib.

"Jadi, usaha berterusan diambil bagi memastikan jumlah tenaga pengajar mencukupi untuk semua sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Tsung Wah dan sesi ramah mesra di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tsung Wah di sini, pada Jumaat.

Hang Soon diminta mengulas mengenai isu kekurangan guru bahasa meliputi Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di seluruh negara meskipun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara 'one-off' telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Media baru-baru ini melaporkan, KPM akan meningkatkan pengambilan guru secara 'one-off' untuk penempatan tahun depan melalui kaedah kluster mata pelajaran yang diperkenalkan.

Artikel Berkaitan: