Negeri Sembilan, Kedah ungguli ragbi Sukma MSN 2022

Pemain Negeri Sembilan bersama pingat emas yang dimenanginya selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir ragbi Sukma MSN 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, pada Khamis.
Pemain Negeri Sembilan bersama pingat emas yang dimenanginya selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir ragbi Sukma MSN 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, pada Khamis.
A
A
A

NEGERI Sembilan mengakhiri penantian 36 tahun untuk muncul juara ragbi Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 selepas menewaskan Selangor 14-0 dalam perlawanan akhir di Padang Ragbi UiTM, Shah Alam pada Khamis.

Skuad lelaki Negeri Sembilan yang tampil agresif ternyata memberi tekanan kepada Selangor menerusi try gandingan Dhia Darwisy Othman dan Ali Imran Mohd Suhaimi.

Sementara Amirul Ramzan Amir tampil melengkapkan dua conversion bagi memastikan Negeri Sembilan kekal mendominasi perlawanan tersebut.

Pemain wanita Kedah bersama pingat emas yang dimenanginya selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir perlawanan akhir ragbi Sukma MSN 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, pada Khamis.
Pemain wanita Kedah bersama pingat emas yang dimenanginya selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir perlawanan akhir ragbi Sukma MSN 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, pada Khamis.

Dalam pada itu, Kedah pula muncul pemenang pingat emas kategori wanita selepas menewaskan Selangor 17-12 pada perlawanan akhir.

Artikel Berkaitan: