Polis tidak terima permohonan himpunan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengadakan himpunan di pekarangan Kompleks Sogo di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis pemakluman untuk mengadakan himpunan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Penganjur himpunan ini dinasihatkan agar tidak mengadakan himpunan seperti mana yang dirancang. Sekiranya diadakan juga, polis akan mengambil tindakan tegas sebagaimana diperuntukkan undang-undang.

"Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyertai sebarang himpunan yang dikatakan akan dijalankan pada Sabtu ini," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Parti Ikatan Demokratik (Muda) menerusi sidang akhbar menyatakan pihaknya akan mengadakan himpunan di pekarangan Kompleks Sogo di sini bagi membantah pilihan raya umum (PRU) diadakan pada musim tengkujuh tahun ini.

Artikel Berkaitan: