Tiada petunjuk baharu berkaitan kehilangan Zalina

Zalina Azman dilaporkan hilang oleh anaknya pada 29 November tahun lalu.
Zalina Azman dilaporkan hilang oleh anaknya pada 29 November tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kehilangan bekas pembaca berita TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman, 58, sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini belum terdapat sebarang petunjuk baharu berhubung Zalina.

"Siasatan lanjut berhubung bekas personaliti TV3 itu masih dijalankan dan kita mengalu-alukan kerjasama mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku 'Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu' di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan Zalina daripada anak lelakinya Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Polis percaya Zalina masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkannya yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Artikel Berkaitan: