redONE sambut ulang tahun ke-10 bersama kakitangan, rakan niaga

A
A
A

Acara memotong kek sempena sambutan ulang tahun ke-10 redONE oleh lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat pada 2 September lalu.
Acara memotong kek sempena sambutan ulang tahun ke-10 redONE oleh lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat pada 2 September lalu.

KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun ke-10 pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, redONE Network Sdn Bhd (redONE) pada 2 September lalu, meriah dengan kehadiran hampir 400 tetamu.

Para tetamu terdiri daripada lembaga pengarah redONE, pengurusan tertinggi, kakitangan dari Malaysia, Singapura dan Thailand serta rakan niaga jualan berprestasi tinggi.

Acara itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh bakat dalaman syarikat, Gladys Cheng diikuti dengan gimik meletus belon di atas pentas oleh Pengerusi Lembaga redONE, Tan Sri Dr TC Goh; Pengarah, Datuk Wei Chuan Beng; Pengarah, Surachet Chaipatamanont; Ketua Pegawai Eksekutif, Farid Yunus; Ketua Pegawai Jualan, Ben Teh; Ketua Pegawai Operasi, Tee Yew Yaw; Ketua Pegawai Eksekutif redONE Singapura, Francis Cheang dan Ketua Pegawai Eksekutif redONE Thailand, Tay Pei Seng.

Ben dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada rakan niaga jualan dan kakitangan yang bekerja tanpa jemu dan menjadikan redONE seperti sekarang.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang berusaha keras untuk redONE, baik dalam masa senang mahupun susah,” katanya.

Kemuncak sambutan ulang tahun ke-10 redONE pada 2 September lalu dimeriahkan dengan acara memotong kek.
Kemuncak sambutan ulang tahun ke-10 redONE pada 2 September lalu dimeriahkan dengan acara memotong kek.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Farid turut berharap satu dekad kecemerlangan yang diraikan ini menjadikan masa depan redONE lebih cerah pada masa akan datang.

“Kami telah melangkah jauh dan 10 tahun ini sangat mencabar bagi kami, tetapi kami berjaya berusaha dan berkembang walaupun berdepan dengan cabaran yang sukar. Moga redONE akan terus bersinar pada masa hadapan,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan, redONE turut melancarkan lagu baharu berjudul Sahabatku yang didedikasikan khas untuk rakan niaga jualannya yang membantu syarikat mencapai matlamat jualan dan pengembangannya.

Lagu yang dihasilkan dengan kerjasama artis tempatan Ippo Hafiz itu, kini tersedia di semua platform penstriman muzik utama.

Mengenali redONE

Mengimbas kembali pencapaian syarikat dalam dekad yang lalu, redONE bermula dengan 2,000 pelanggan dan hanya tujuh pekerja pada 2012.

Kini, redONE telah berkembang menjadi pemain telekomunikasi yang hebat dengan 1.2 juta pelanggan aktif dan kekuatan 400 pekerja serta 21,000 rakan kongsi jualan di seluruh negara.

Ippo Hafiz mendendangkan lagu Sahabatku yang didedikasikan khas oleh redONE untuk rakan niaga jualannya.
Ippo Hafiz mendendangkan lagu Sahabatku yang didedikasikan khas oleh redONE untuk rakan niaga jualannya.

redONE adalah pengendali MVNO pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pasca bayar pada harga yang berpatutan serta dikenali kerana pelannya yang bermula serendah RM8 sebulan.

Sejak itu, redONE juga telah memperkenalkan pelbagai pelan baharu termasuk pelan Internet dan panggilan tanpa had, pelan bundle telefon dan pakej prabayar.

Menggunakan infrastruktur 4G LTE terluas, pelanggan redONE boleh menikmati sambungan Internet dan panggilan suara yang lancar tanpa gangguan di seluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Turut memenangi pelbagai anugerah kerana amalan dan nilainya, redONE kini beroperasi di Malaysia, Singapura dan Thailand dan mempunyai cita-cita besar untuk mengembangkan rangkaian ke negara-negara ASEAN yang lain dalam masa terdekat.

Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan pengguna, redONE memperkenalkan banyak pelan mampu milik yang sesuai dengan pelanggan dari semua lapisan masyarakat.

Bermula dengan pelan pasca bayar (postpaid) terendah di Malaysia iaitu RM8, kepada pelan Internet dan panggilan tanpa had serta pelan pakej peranti yang memberikan telefon pintar percuma. Turut disediakan, pelan dengan jersi bola sepak percuma sebagai sebahagian daripada kerjasama eksklusif dengan PDRM FC, Sabah FC dan Imigresen FC yang ditaja oleh redONE.

Dalam membawa lebih banyak kemudahan kepada rakan niaganya, redONE telah melancarkan pelbagai perkhidmatan selama ini yang menjadikan pemerolehan pelanggan sebagai proses yang lebih mudah.

Dari kiri: Ben, Farid dan Yew Yaw antara pengurusan tertinggi yang bertungkus-lumus melonjakkan redONE bersama kakitangan mereka.
Dari kiri: Ben, Farid dan Yew Yaw antara pengurusan tertinggi yang bertungkus-lumus melonjakkan redONE bersama kakitangan mereka.

Antaranya, proses pendaftaran tanpa kertas, pengenalan aplikasi mudah alih rakan niaga untuk mendaftar pelanggan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Ini termasuk proses onboarding digital untuk pelanggan mendaftar sendiri menggunakan kod QR yang disediakan oleh rakan kongsi redONE, ciri redAGENT yang membolehkan orang ramai berbual dengan rakan kongsi berhampiran untuk mengetahui lebih lanjut sebelum mendaftar.

Inisiatif lain turut melibatkan pengambilan penasihat jualan yang agresif dan sesi latihan yang telah mendorong redONE menjadi pemain utama dalam industri ini.

Tanpa melupakan komuniti, redONE sentiasa aktif menyumbang kepada masyarakat. Program Colours of Ramadhan telah melawat dan membantu lebih 25 rumah anak yatim dan keluarga di seluruh Malaysia yang menghadapi masalah kewangan.

Inisiatif Pengumpulan Dana ONEcharity merupakan satu lagi program yang mengumpul dana untuk membantu sekolah rendah di kawasan luar bandar bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif kepada pelajar. ONEcharity telah mengumpul lebih RM4 juta dan membantu lebih 100 sekolah sejak 2015.

redONE juga aktif menyokong industri sukan tempatan dengan menaja pasukan sukan termasuk PDRM FC, Sabah FC, Imigresen FC, Axis eSports, Kelab Badminton Serdang, Persatuan Skuasy Selangor dan atlet individu.

redONE berbangga dengan pencapaiannya dan komited untuk terus menyediakan pelanggan dengan pelan postpaid dan prepaid mampu milik sambil memberi kembali kepada masyarakat. Lawati redONE.com.my untuk maklumat lanjut.