PBB perlu pembaharuan kembalikan kredibiliti: PM Jepun

Fumio Kishida ketika berucap pada sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat PBB di New York pada Selasa. - Foto AFP
Fumio Kishida ketika berucap pada sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat PBB di New York pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Selasa berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat pembaharuan dan memperkukuhkan fungsinya untuk mengembalikan kredibilitinya susulan perang Rusia terhadap Ukraine.

Mendesak badan dunia itu untuk menegaskan semula mengenai pentingnya orde berasaskan peraturan antarabangsa, Kishida turut mengkritik Rusia kerana mengancam kemungkinan penggunaan senjata nuklear semasa konflik ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York.

Perdana Menteri Jepun itu berkata, tindakan yang khusus akan menjadi penting dalam mengembalikan kredibiliti Majlis Keselamatan (UNSC) (PBB), lapor Agensi Anadolu.

Kishida berkata, Jepun juga bersedia untuk adakan hubungan dengan Korea Utara dan beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tanpa sebarang prasyarat.

Kedua-dua negara bergelut dengan isu yang lahir dari era perang, termasuk penculikan warga Jepun dan program nuklear Pyongyang.

"Sudah tiba masanya untuk kembali kepada idea dan prinsip-prinsip piagam dan menggerakkan kuasa dan kebijaksanaan kita untuk memastikan ketenteraman berasaskan peraturan antarabangsa," kata Kishida.

Perdana Menteri Jepun juga menyebut bahawa percubaan untuk mengubah status quo dengan kekerasan dan paksaan tidak boleh dimaafkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: