Kerajaan pastikan mangsa sindiket tipu kerja dibawa pulang: PM

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dibawa pulang dengan selamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha sedang dilaksanakan melalui semua saluran yang ada.

Beliau berkata, kerajaan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara seperti Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja.

Pada masa sama, saya menasihatkan seluruh Keluarga Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad sebelum ini berkata, isu mengenai sindiket penipuan pekerjaan melibatkan warganegara Malaysia akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menggesa agar orang ramai untuk menyemak kesahihan tawaran kerja di luar negara melalui Wisma Putra terlebih dahulu.

“Bagi mengelakkan diri daripada terjebak menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: