Agong berangkat ke SIC saksi anak saudara berlumba

Al-Sultan Abdullah dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertanya sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali (kanan) selepas menyaksikan Cabaran Blancpain GT Dunia Siri Asia, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

[DIKEMASKINI] YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

Turut berangkat hadir ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sejurus tiba di Litar Antarabangsa Sepang pada 10.40 pagi, Seri Paduka berdua disambut Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut menyambut ketibaan baginda berdua ialah Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali dan presiden Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir.

Keberangkatan Seri Paduka adalah untuk menyaksikan anakanda saudara Raja Permaisuri, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan Ibrahim yang bersaing dalam perlumbaan Blancpain GT World Challenge Asia 2019.

Seri Paduka berdua meluangkan masa lebih sejam menyaksikan perlumbaan berkenaan.

Tunku Panglima Johor itu yang bersaing mewakili pasukan Triple Eight Race Engineering Australia bersama-sama pelumba negara, Jazzeman Jaafar, menamatkan saingan di tempat ke-13 keseluruhan dan kelapan untuk kelas GT3PA dengan mencatat masa satu jam, 02:03.066 saat.

Perlumbaan itu dimenangi gandingan Tanart Sathienthirakul (Thailand) dan Philip Hamprecht (Jerman) daripada pasukan Absolte Racing dari China dengan masa 1’00:56.785s. - Bernama

Artikel Berkaitan: