Pelajar antara lima ditahan kes rogol remaja bawah umur

PDRM
PDRM
A
A
A

KLANG - Seorang pelajar Tingkatan Empat antara lima individu ditahan bagi siasatan berkaitan kejadian rogol melibatkan seorang gadis bawah umur di kawasan Klang pada Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kelima suspek berumur antara 16 hingga 20 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sekitar kawasan Klang pada Ahad.

"Dalam kejadian kira-kira 12 Ogos lalu, mangsa yang berumur 14 tahun itu mengikut seorang rakan perempuannya untuk pergi ke sebuah rumah.

"Semasa berada di rumah tersebut, mangsa kemudiannya telah dirogol oleh abang rakannya itu bersama-sama dengan empat orang kawannya," katanya.