[VIDEO] Individu halang lalu lintas tiada kaitan kumpulan gangster

Tular video memaparkan sekumpulan individu bertindak menghalang lalu lintas dipercayai di kawasan Meru, Klang pada Ahad.
Tular video memaparkan sekumpulan individu bertindak menghalang lalu lintas dipercayai di kawasan Meru, Klang pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Tindakan beberapa individu bertindak menghalang lalu lintas bagi mengiringi perarakan melibatkan van mayat di Persimpangan Pekan Meru di sini yang menjadi tular di media sosial tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan gangster.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, video berkenaan ditularkan menerusi halaman Facebook pada Ahad.

"Polis menafikan penglibatan kumpulan gangster dalam perarakan tersebut seperti yang dimuat naik menerusi halaman Facebook terbabit.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Klang Utara telah membuat siasatan awal dengan mengesan dan akan memanggil penganjur untuk memberikan keterangan serta mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menghalang lalu lintas.

"Tindakan menghalang lalu lintas sekali gus boleh membahayakan nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain," jelas Vijaya Rao.

Pada Ahad, tular video memaparkan sekumpulan individu bertindak menghalang lalu lintas dipercayai di kawasan Meru, Klang.

Tindakan itu dilakukan bagi mengiringi sebuah van mayat yang melalui kawasan persimpangan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Menerusi video tular itu juga, sekumpulan individu terbabit yang menunggang motosikal turut dilihat tidak memakai topi keledar ketika kejadian.

@sinarharianonline Polis nafi pembabitan mana-mana kumpulan #gangster dalam perarakan libat van mayat di Meru, Klang pada Ahad #fyp#BuletinTikTok#BeritaDiTikTok Epic Music(842228) - Pavel