Maritim tahan bot pancing beroperasi tanpa lesen

Bot pancing yang ditahan tiada nombor pendaftaran dan beroperasi tanpa lesen di Perairan Selangor ditahan Maritim Malaysia pada Ahad.
Bot pancing yang ditahan tiada nombor pendaftaran dan beroperasi tanpa lesen di Perairan Selangor ditahan Maritim Malaysia pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah bot pancing tiada nombor pendaftaran yang beroperasi tanpa lesen di Perairan Selangor pada Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, penahanan itu dibuat pada kedudukan 4.7 batu nautika barat daya Kuala Selangor kira-kira jam 2.30 petang.

Jelas beliau, bot pancing itu ditahan ketika pasukan operasi Maritim Malaysia sedang melaksanakan 'Op Ehsan' dan 'Op Benteng Laut'.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot pancing dikendalikan lima kru termasuk tekong warga tempatan berusia antara 40 hingga 57 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Siva Kumar memberitahu, tekong bot dan kru dibawa ke Jeti Polis Marin Pelabuhan Klang, Pulau Indah dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan tekong tiada sijil perakuan kompeten membawa bot daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Justeru, katanya, Maritim Malaysia mengingatkan pemilik dan tekong bot supaya mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di

Artikel Berkaitan:

talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.