Banjir di Bagan Serai, 12 mangsa dipindahkan

Kesemua mangsa dari Kampung Bukit Semanggol

Anggota APM sedang membuat persiapan di PPS Dewan Semanggol bagi menempatkan mangsa banjir di Kampung Bukit Semanggol, di sini pada Ahad. - FOTO APM Perak
Anggota APM sedang membuat persiapan di PPS Dewan Semanggol bagi menempatkan mangsa banjir di Kampung Bukit Semanggol, di sini pada Ahad. - FOTO APM Perak
A
A
A

BAGAN SERAI - Seramai 12 penduduk Kampung Bukit Semanggol, di sini, dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air pada jam 12 tengah hari pada Ahad.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semanggol, di sini.

Menurutnya, mangsa yang dipindahkan melibatkan enam dewasa dan enam kanak-kanak daripada tiga keluarga.

"Seramai 16 petugas ditempatkan di kawasan PPS ini terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, pejabat daerah dan tanah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan seramai 12 orang daripada tiga keluar," katanya menerusi laporan yang dikongsikan kepada media pada Ahad.

Anggota APM meredah banjir bagi membantu memindahkan mangsa ke PPS yang dibuka di Dewan Semanggol, di sini pada Ahad. - FOTO APM Perak
Anggota APM meredah banjir bagi membantu memindahkan mangsa ke PPS yang dibuka di Dewan Semanggol, di sini pada Ahad. - FOTO APM Perak

Artikel Berkaitan: