Jokowi enggan bertanding Pilpres 2024

Jokowi
Jokowi
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akhirnya membuka mulut, sekali gus menafikan khabar angin yang mendakwa beliau berhasrat mahu bertanding jawatan Naib Presiden pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

"Sejak dari awal, saya telah menjawab segala persoalan tentang penggal ketiga.

"Namun, lebih banyak khabar angin timbul daripada pihak lain. Saya hanya akan beri penjelasan jika saya sendiri yang keluarkan kenyataan itu," ujarnya di Istana Merdeka pada Jumaat.

Difahamkan, khabar angin mengenai perkara itu mula tersebar gara-gara kenyataan jurucakap Mahkamah Perlembagaan, Fajar Laksono yang mendakwa Presiden yang pernah memegang jawatan selama dua penggal boleh bertanding sebagai calon Naib Presiden.

Kenyataan Fajar adalah berdasarkan Perlembagaan 1945 yang menyatakan tiada had untuk bekas Presiden bertanding jawatan Naib Presiden.

Bagaimanapun, bekas Ketua Mahkamah Perlembagaan, Jimly Asshiddiqie menegaskan Presiden yang telah memegang jawatan selama dua penggal tidak boleh menjadi calon Naib Presiden seperti ditetapkan dalam Perkara 7 dan 8 dalam kandungan Perlembagaan 1945. - Agensi

Artikel Berkaitan: