Asrama MTIS rosak akibat ribut, 24 pelajar terjejas

Bumbung asrama yang menempatkan 23 pelajar perempuan MTIS rosak selepas diterbangkan angin pada Khamis.
Bumbung asrama yang menempatkan 23 pelajar perempuan MTIS rosak selepas diterbangkan angin pada Khamis.
A
A
A

TEMERLOH - Seramai 24 pelajar perempuan Maahad Tahfiz Al-Istiqamah Temerloh (MTIS) akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selepas bumbung asrama maahad tahfiz berkenaan diterbangkan angin akibat ribut pada Khamis.

Mudir MTIS, Mohd Zarimi Shubrawi memberitahu, turut rosak surau perempuan maahad terbabit.

"Ketika kejadian, ada beberapa pelajar di asrama manakala selebihnya ada di kelas membuat ulang kaji.

"Syukur kejadian tidak menyebabkan sebarang insiden tak diingini dan semuanya selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujar beliau, buat masa ini beberapa pelajar sudah dibenarkan pulang ke rumah dan selebihnya akan pulang selepas selesai aktiviti sukan mereka dan ditempatkan di rumah guru dan inap desa buat sementara waktu.

Ribut turut mengakibatkan beberapa barang di MTIS rosak.
Ribut turut mengakibatkan beberapa barang di MTIS rosak.

"Aktiviti pembelajaran akan diteruskan menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga masalah ini selesai," tambah beliau.

Jelas beliau, nasib maahad itu turut mendapat perhatian kerajaan negeri dengan lawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Ibrahim Syed Ahmad pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

"Anggaran kos awal kira-kira RM300,000 diperlukan dan berharap masalah ini dapat diatasi segera dengan kerjasama beberapa pihak," kata Mohd Zarimi lagi.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank ( 556057511595) atas nama Akademi Al Istiqamah.

MTIS mula ditubuhkan pada 2016 dan kini menempatkan 57 pelajar terdiri 33 lelaki dan selebihnya perempuan.