Cabut lari lepas rempuh pam minyak

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan minyak di lokasi kejadian untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. Foto JBPM
Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan minyak di lokasi kejadian untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. Foto JBPM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Mercedes C43 melarikan diri selepas merempuh sebuah pam di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, awal pagi Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sebuah jentera dan lapan orang anggota dari Balai Bomba Taman Tun dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah malam.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

"Bagaimanapun, didapati tiada pemandu berada di dalam kereta terbabit semasa pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian," menurut kenyataan itu, pada Sabtu.

PGO Kuala Lumpur memaklumkan, berlaku tumpahan minyak petrol susulan kemalangan terbabit.

"Pasukan bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah malam," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: