Arteta kunci mulut status Zinchenko

Zinchenko
Zinchenko
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta masih mengunci mulut mengenai status pemain Ukraine, Oleksandr Zinchenko menjelang kunjungan ke Brentford bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad, walaupun Persekutuan Bolasepak Ukraine (UAF) menegaskan tonggak pertahanan itu mengalami kecederaan betis.

Bintang berusia 25 tahun itu sebelum ini terlepas perlawanan menentang Fulham dan Aston Villa akibat terseliuh lutut, namun kembali beraksi dalam perlawanan terbaru liga Arsenal menentang Manchester United dan FC Zurich dalam Liga Europa.

Pada Jumaat, UAF berkata, Zinchenko menarik diri daripada tugasan antarabangsa selepas mengalami kecederaan semasa latihan di Arsenal, akan diketepikan selama dua minggu, terlepas perlawanan Liga Negara-Negara Eropah akhir bulan ini.

"Kami perlu menunggu sehingga esok untuk membuat keputusan mengenai status Zinchenko.

"Apa yang kami telah putuskan untuk minggu antarabangsa tidak bermakna ia akan sama pada hujung minggu ini," tegas Arteta pada Jumaat.

Pada masa sama Arteta memaklumkan akan memberikan maklumat terkini mengenai kecergasan Thomas Partey selepas sesi latihan Arsenal pada Sabtu.

Pemain tengah Ghana itu telah terlepas empat perlawanan terakhir semua kejuaraan kerana masalah paha.

Arteta juga mengesahkan Ben White cergas selepas pemain pertahanan itu terlepas tempat dalam skuad England kendalian Gareth Southgate.

Artikel Berkaitan:

"Gareth memilih skuad terbaik yang dia percayai buat masa ini, namun situasi itu tidak semestinya berlaku pada November. Setiap kali Ben mendapat panggilan, dia akan bersedia.

"Dia boleh bermain di kedua-dua posisi (bek sayap dan bek tengah) dan memiliki pemain serba boleh yang boleh bermain di tahap tinggi, Ben merupakan pemain yang diinginkan oleh mana-mana pengurus," kata Arteta.

Untuk rekod, Arsenal mendahului kedudukan liga dengan 15 mata daripada enam perlawanan, akan kembali beraksi menentang Brentford asuhan Thomas Frank pada Ahad.

"Prestasi Brentford pada setiap musim bertambah baik, apa yang Thomas dan kakitangan telah lakukan di sana, bukan sahaja tahun ini tetapi selama ini, adalah luar biasa...

"Kami perlu melakukan yang terbaik untuk menewaskan mereka," kata Arteta yang berharap skuadnya sudah melupakan kekalahan 1-3 kepada Manchester United sebelum ini.