Bunyi misteri bawah tanah gemparkan penduduk India

Gambar fail menunjukkan sebuah kampung yang terdapat di India. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sebuah kampung yang terdapat di India. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Kampung Hasori di daerah Latur di negeri Maharashtra di India digegarkan dengan bunyi misteri bawah tanah baru-baru ini.

Ia telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk kampung, kata seorang pegawai kepada agensi berita PTI.

Seorang pegawai daerah, Prithviraj BP telah melawat kampung itu untuk menenangkan penduduk tempatan dan berkata bahawa satu siasatan sedang dijalankan berhubung bunyi misteri tersebut.

Walaupun penyiasatan awal tidak menunjukkan sebarang tanda aktiviti gempa bumi berlaku di kawasan berkenaan, sepasukan pakar dari Institut Geomagnetisme India dan Universiti Swami Ramanand Teerth Marathwada telah diminta untuk menjalankan siasatan bagi mengkaji fenomena itu dan mengenal pasti punca bunyi aneh tersebut.

Dalam apa yang mungkin kelihatan seperti plot daripada siri Netflix popular drama rantaian 'Stranger Things', penduduk sebuah kampung di daerah Latur Maharashtra hairan selepas bunyi misteri boleh didengari di bawah tanah.

Bunyi tersebut telah berlaku sekarang selama lebih seminggu.

Kampung Hasori terletak 28 kilometer dari Killari iaitu tempat di mana gempa bumi maut telah meragut lebih 9,700 nyawa pada tahun 1993. - Agensi

Artikel Berkaitan: