PRU15: Pemuda Amanah mahu kerusi 'gred A'

Pemuda Amanah mahu pucuk pimpinan mengutamakan kerusi 'gred A' atau kerusi 'boleh menang' diberikan kepada sayap itu.
Pemuda Amanah mahu pucuk pimpinan mengutamakan kerusi 'gred A' atau kerusi 'boleh menang' diberikan kepada sayap itu.
A
A
A

SEREMBAN - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mahu pucuk pimpinan mengutamakan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ diberikan kepada sayap itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Hasbie Muda berkata, sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlu setanding dengan rakan politik lain iaitu bersifat boleh menang.“Ada rakan sebut kekecewaan, parti lebih mudah melepaskan kerusi gred A kepada rakan, kepada sayap pemuda sendiri kerusi ‘national service’ sahaja diberikan.

“Jadi Pemuda nak kerusi yang sama.

“Ada kepimpinan Pemuda kena ‘tebas lalang’ dulu (kalau nak bertanding), kawan-kawan (rakan politik) terus masuk, tak payah tebas lalang, ini kita rasa pelik sikit,” katanya ketika menyampaikan pidato pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional sempena Konvensyen Amanah 2022 di sini pada Jumaat.

Mohd Hasbie berkata, Pemuda Amanah juga mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), namun menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, sayap itu menerima apa sahaja keputusan sama ada penyertaan Muda dalam PH sebagai sebahagian parti komponen atau kerjasama strategik.

Artikel Berkaitan: