Nor Sarah ratu pecut Sukma MSN 2022

Nor Sarah menyumbang emas buat kontinjen Pahang setelah mengungguli acara 100m wanita di Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto Agensi
Nor Sarah menyumbang emas buat kontinjen Pahang setelah mengungguli acara 100m wanita di Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto Agensi
A
A
A

ATLET Pahang, Nor Sarah Adi dijulang sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 selepas meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) wanita di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Nor Sarah mendominasi larian tanpa dapat dicabar pelari lain pada aksi final dengan menyudahkan pecutan menerusi catatan 11.91 saat (s).

Atlet dari Sabah, Nur Aishah Rofina Aling merangkul perak dengan catatan 12.08s, manakala gangsa menjadi milik atlet dari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal (12.10s)

Rekod Sukma dipegang atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias dengan catatan 11.81s pada edisi 2018 di Perak.

Bagaimanapun, dia tidak layak beraksi kali ini kerana pernah berlumba di Sukan Olimpik tahun lalu.

Rekod kebangsaan masih lagi dipegang G Shanti yang melakukan catatan 11.50 saat pada tahun 1993 di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: