Wanita parah pacuan empat roda rempuh lori sampah

Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit di bahagian penumpang hadapan. - Foto JBPM
Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit di bahagian penumpang hadapan. - Foto JBPM
A
A
A

SERDANG - Seorang wanita cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki merempuh sebuah lori sampah di susur keluar ke Hospital Serdang, Lebuhraya Damansara-Puchong di sini pada Jumaat

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba Cyberjaya dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun bersama anak perempuannya berusia 23 tahun telah melanggar bahagian belakang lori sampah.

Seorang wanita cedera parah selepas kenderaan dinaikinya merempuh bahagian belakang sebuah lori sampah. - Foto JBPM
Seorang wanita cedera parah selepas kenderaan dinaikinya merempuh bahagian belakang sebuah lori sampah. - Foto JBPM

"Wanita terbabit tersepit di bahagian penumpang sebelah kanan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba. Mangsa mengalami patah kaki kanan manakala bapanya cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: