PRU15: Polis Kelantan sudah sedia

Muhamad Zaki semasa sidang akhbar di IPK Kelantan pada Khamis.
Muhamad Zaki semasa sidang akhbar di IPK Kelantan pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah bersedia daripada pelbagai aspek termasuk keanggotaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bagi melancarkan lagi gerak kerja pihaknya sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan maklumat terkini berkait proses berkenaan.

"Pada masa yang sama, kita turut bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 jika Parlimen dibubarkan semasa banjir.

"Kita akan melakukan tugasan sebaik mungkin dan akan meminta bantuan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pada masa sama beberapa Ketua Polis Daerah sudah memberikan maklumat berkait persediaan mereka untuk menghadapi PRU15.

Katanya, antara daerah yang sudah memberikan taklimat ialah Kota Bharu, Kuala Krai dan Bachok.

Muhamad Zaki berkata, langkah itu bagi membolehkan polis membuat persediaan dan melakukan perubahan dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan: