Didi & Friends bertemu peminat di Quill City Mall

Pengunjung Quill City Mall tidak melepaskan peluang melihat persembahan Didi & Friends yang diadakan pada 9 hingga 11 September lepas.
Pengunjung Quill City Mall tidak melepaskan peluang melihat persembahan Didi & Friends yang diadakan pada 9 hingga 11 September lepas.
A
A
A

SIRI animasi kartun popular, Didi & Friends mengadakan sesi bertemu dan bersalaman dengan peminat di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 September lepas.

Quill City Mall dalam satu kenyataan berkata, pelbagai program diadakan sepanjang tiga hari tersebut melibatkan aktiviti keceriaan dan pendidikan hiburan (edutainment) seperti senaman kesihatan, teka lagu, teka watak kartun, muzikal Didi & Friends dan Kuiz Hari Malaysia.

“Program selama tiga hari itu mendapat sambutan yang memberangsangkan, tiada yuran penyertaan untuk keahlian Quill City Mall sepanjang tempoh itu. Ia membolehkan ahli baharu bertemu dan bersalaman dengan maskot Didi & Friends menggunakan akses FastLane.

“Mereka layak mendapat baucar tunai RM10 Q Store dengan perbelanjaan minimum RM100, baucar tunai Artisan Street RM5 dengan perbelanjaan minimum RM20 dan baucar percuma dua jam East Sport Orange Cafe,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, padanan Quill City Mall yang sempurna dengan visi Didi & Friends menyediakan pendidikan yang menyeronokkan dan selamat untuk kanak-kanak prasekolah.

“Didi & Friends ialah kartun edutainment muzik animasi 3D untuk kanak-kanak. Bermula dengan tayangan perdana di YouTube sejak tahun 2015, kini ia merupakan siri televisyen yang disiarkan di seluruh Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pada masa ini, Quill City Mall sedang menyediakan pelbagai kedai makanan untuk dipilih oleh pengguna.

“Pusat beli-belah ini dalam proses menaik taraf dengan menyediakan banyak kedai berkonsep baharu dan kemudahan lain.

Artikel Berkaitan:

“Idea konsep Quill City Mall ini menuju ke arah edutainment iaitu sebuah pusat beli-belah yang sesuai untuk keluarga dengan anak muda,” kata kenyataan itu.