KL City elak 'perangkap' Melaka United

Bojan Hodak
Bojan Hodak
A
A
A

KUALA Lumpur (KL) City FC mengambil pendekatan lebih berwaspada apabila berdepan Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat pada Khamis.

Pengendali KL City, Bojan Hodak menjangkakan skuad bimbingan Mohd Asri Ninggal itu sudah tentu akan tampil dengan corak permainan berbeza dalam misi mencari kemenangan selepas tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini.

Menurutnya, KL City tidak boleh mengambil mudah pertemuan menentang Melaka United nanti biarpun mereka tampil cemerlang apabila masih kebal dengan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan terdahulu.

“Sudah tentu ia bukan tugas menentang Melaka, apatah lagi bermain di tempat mereka. Saya berasakan mereka sudah tentu akan bermain bersungguh-sungguh kerana sebelum ini mereka kalah tiga kali berturut-turut.“Jadi saya berharap pemain-pemain sentiasa berwaspada dan menampilkan aksi yang terbaik kerana kami mahu merebut tiga mata dalam perlawanan tersebut,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Untuk rekod, dalam aksi Liga Super sebelum ini, KL City berjaya menewaskan Melaka United 2-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada April lalu.

Dalam pada itu, Bojan melahirkan keresahan apabila beberapa pemain mungkin akan terlepas perlawanan di Stadium Hang Jebat gara-gara masalah kecederaan.

“Untuk perlawanan esok, Muhammad (Mohd Fauzi) tidak akan bermain kerana mengalami kecederaan. Malah, dalam sesi latihan pagi ini juga terdapat dua lagi pemain kami mengalami kecederaan.

“Apa pun saya perlu menerima laporan perubatan terlebih dahulu sebelum mengesahkan siapa yang bakal turun pada per-lawanan menentang Melaka esok (Khamis),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:


LIGA SUPER


KHAMIS (15 SEPTEMBER)

Melaka United lwn KL City

(Stdm Hang Jebat, 9 malam)

PJ City lwn JDT

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)