Elak rawatan estetik tanpa tauliah

Pengguna perlu mendapatkan khidmat doktor bertauliah bagi mengelakkan kerosakan dan kesan serius terhadap wajah selepas rawatan. Gambar kecil: Dr Siti Fatimah Noor
Pengguna perlu mendapatkan khidmat doktor bertauliah bagi mengelakkan kerosakan dan kesan serius terhadap wajah selepas rawatan. Gambar kecil: Dr Siti Fatimah Noor
A
A
A

KOTA BHARU - Pengguna yang berhasrat menjalani perkhidmatan rawatan estetik perlu mendapatkan khidmat doktor bertauliah bagi mengelakkan kerosakan dan kesan serius terhadap wajah selepas rawatan.

Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar berkata, ada pesakit yang datang ke hospital dengan komplikasi tertentu selain parut kekal.

"Ada yang boleh kita bantu tetapi ada juga yang mengalami komplikasi serius menyebabkan cacat kekal," katanya kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Kosmetik di sebuah sekolah di sini pada Rabu.

Menurutnya, pemilik pusat kecantikan kini semakin berani menyediakan khidmat rawatan estetik kerana terdapat permintaan walaupun pemilik atau pekerja tidak mempunyai tauliah.

"Mereka hanya menghadiri kursus pendek di negara jiran dan pulang dengan membuka pusat kecantikan yang menyediakan rawatan itu," katanya

Menurut beliau, biasanya pesakit yang datang memaklumkan mereka melakukan suntikan botox, menghilangkan kedut atau jeragat.

Dr Siti Noor Fatimah menasihatkan mereka yang berdepan masalah selepas melakukan rawatan tidak mendiamkan diri.

"Mereka sepatutnya membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya tindakan boleh diambil," katanya.

Artikel Berkaitan: