83 mangsa banjir di Sri Gading ditempatkan di PPS

Mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPS di SMK Seri Gading.
Mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPS di SMK Seri Gading.
A
A
A

BATU PAHAT - Seramai 83 mangsa banjir daripada 20 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading setakat jam 4 petang pada Rabu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, banjir melibatkan kawasan di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Seri Gading.

"Pertembungan hujan lebat dan air pasang bermula dari jam 1.30 pagi hingga 4 pagi menyebabkan kejadian banjir kilat.

"Cuaca semasa mendung dan pemantauan di lokasi banjir dilakukan oleh agensi berkaitan seperti polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam ( APM)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

PPS di SMK Seri Gading yang menempatkan mangsa banjir di Sri Gading.
PPS di SMK Seri Gading yang menempatkan mangsa banjir di Sri Gading.

Sementara itu, Sinar Harian pada pagi Rabu melaporkan kira-kira 46 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Sri Gading ditempatkan di PPS berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hujan lebat sejak jam 1.30 pagi selain fenomena air pasang besar yang berlaku jam 3 pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki air.

Artikel Berkaitan: