China berjaya lancar satelit Zhongxing-1E

China lancarkan satelit Zhongxing-1E menggunakan roket pembawa Long March-7A di Pusat Pelancaran Satelit Wenchang di pulau Hainan pada malam Selasa. - Foto Xinhua
China lancarkan satelit Zhongxing-1E menggunakan roket pembawa Long March-7A di Pusat Pelancaran Satelit Wenchang di pulau Hainan pada malam Selasa. - Foto Xinhua
A
A
A
WENCHANG - China melancarkan satelit Zhongxing-1E menggunakan roket pembawa Long March-7A di Pusat Pelancaran Satelit Wenchang di pulau Hainan pada 9.18 malam Selasa.

Satelit itu memasuki orbit yang ditetapkan sekali gus menandakan kejayaan misi pelancaran itu.

Zhongxing-1E berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam bidang komunikasi, transmisi isyarat radio dan televisyen yang berkualiti tinggi.

Untuk rekod, ini ialah misi penerbangan ke- 437 bagi siri roket pembawa Long March.

Long Mac-7A ialah roket pembawa bersaiz sederhana generasi baharu China yang berkeupayaan menghantar satu hingga dua satelit serta mampu mengangkut muatan sekurang-kurangnya seberat tujuh tan metrik ke Orbit Transfer Geostasioner (GTO).

Menurut ketua pereka model roket itu, Wei Yuanming, Long March-7A adalah antara roket yang paling panjang dalam kalangan roket Long March dengan garis pusatnya 4.2 meter dan sepanjang 60.1 meter.

Pelancaran kali ini menyaksikan beberapa penambahbaikan dilakukan antaranya mengurangkan perpisahan penggalak daripada roket sebanyak sekali bagi lebih untuk menentukan lingkungan serpihan penggalak roket.

Selain itu, tempoh proses pelancaran juga berjaya dioptimumkan kepada 26 hari berbanding 32 hari sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: