Hari ketiga: Fenomena air pasang besar terkawal

Fenomena air pasang besar bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal.
Fenomena air pasang besar bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal.
A
A
A

SHAH ALAM - Fenomena air pasang besar yang memasuki hari ketiga bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal pada Selasa.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan masih terkawal kerana cuaca baik.

"Paras air laut di perkampungan nelayan dan Pelabuhan Klang adalah 5.4 meter seperti mana laporan Jabatan Meteologi sebelum ini, namun keadaan terkawal kerana tidak hujan.

"Ada lokasi-lokasi yang berlaku limpahan air tetapi tidak ada pemindahan dan air limpahan ini juga dijangka surut dalam tempoh singkat," katanya kepada Sinar Harian.

Norazam berkata, sebanyak 10 Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Klang dan Kuala Selangor sudah digerakkan untuk menjalankan pemantauan di kawasan terbabit.

"Ia melibatkan kira-kira 100 anggota yang juga bersiap siaga bagi pemindahan mangsa jika berlaku bencana banjir sepanjang fenomena air pasang besar ini melanda," katanya.

Sementara itu, media sebelum ini melaporkan sebanyak 62 lokaliti di Klang dikenal pasti berisiko banjir ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku selama tujuh hari bermula pada Ahad.

Antara 62 lokaliti itu ialah Taman Sentosa, Taman Sri Muda, Kg. Johan Setia, Jalan Kebun, Kampung. Jalan Benteng, Jalan Hamzah Alang @Pekan Meru, Kampung Jawa, Kampung Bukit Naga, Kawasan Sementa, Taman Klang Utama, Taman Chi Liung dan Kampung Jalan Kenangan.

Artikel Berkaitan:

Turut dikenalpasti berisiko banjir ialah Kawasan Tol Sungai Rasau, Jalan Tunku Kelana, Jalan Pasar Klang, Kampung Haji Shariff Meru, Taman Berkerley, Kawasan Taman Rashna/ Tugu Keris, Jalan Chempaka, Meru, Bukit Kemuning, Bukit Kapar/ Jalan Sekolah, Jalan Kerayong, Taman Petaling Indah, Kampung Telok Gong, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah, Jalan Kebun Nenas, Taman Melawis @Taman Teluk Pulai dan Kampung Delek

Selain itu, kawasan berisiko banjir ialah Bandar Puteri, Kampung Air Kuning, Sungai Kapar Indah, Kampung Tradisi, Pendamar, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Batu 3 Lama, Jalan Dato Yusuf Sahabudin, Taman Telok Gadong Indah, Taman Selat Damai, Pandamaran, Taman Seri, Taman Daya Meru, Jalan Teratai Meru, Taman Saujana Sejati, Jalan Keledang Meru dan Jalan Kem Pelabuhan Klang.

Turut terlibat Taman Setia, Taman Klang Jaya, Mutiara Bukit Raja, Jalan Bakti Kampung Batu 3, Taman Berkat Meru, Jalan Batai Laut Bukit Raja, Taman Intan, Jalan Kampung India Perepat, Taman Bayu Perdana, Batu 8 Bukit Kemuning, Taman Seah Hong, Taman Intan Kapar, Taman Kapar Indah, Taman Alam Nyata, Taman Meru Utama, Pantai Baru, Jalan Meru, Taman Meru Murni, Jalan Bukit Rimau dan Taman Bunga Raya Seksyen 30.

Dalam pada itu, daripada jumlah itu, sebanyak tiga lokaliti yang dikenal pasti paling berisiko tinggi banjir termasuk Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Telok Gong, Pelabuhan Klang.