Klinik Desa Kampung Parit Baharu musnah terbakar

Klinik Desa Kampung Parit Baharu terbakar dalam kejadian awal pagi Selasa.
Klinik Desa Kampung Parit Baharu terbakar dalam kejadian awal pagi Selasa.
A
A
A

SABAK BERNAM - Klinik Desa Kampung Parit Baharu di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.49 pagi.

Menurut beliau, seramai 29 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Besar dan Hutan Melintang, Perak bersama jentera masing-masing dikejarkan ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bangunan setingkat kelas A berkeluasan 100x100 kaki persegi terbakar 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.23 pagi, bagaimanapun sehingga kini kerja-kerja pemadaman masih diteruskan.

"Setakat ini, api sudah dipadamkan namun kerja-kerja bagi mengawal kebakaran daripada merebak masih dijalankan," katanya.

Tambah beliau, kebakaran bangunan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: