Mukhairi sertai kem latihan skuad Harimau Malaya

Mukhairi (kanan) dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad negara bagi menghadapi kejohanan jemputan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, minggu depan. Foto Agensi.
Mukhairi (kanan) dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad negara bagi menghadapi kejohanan jemputan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, minggu depan. Foto Agensi.
A
A
A

KAPTEN, Mukhairi Ajmal antara tiga pemain baharu daripada skuad Harimau Muda dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat pasukan kebangsaan sebagai persiapan menghadapi kejohanan jemputan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, minggu depan.

Turut tersenarai daripada skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23) ialah penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dan rakan sepasukan, Azam Azmi Murad.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon turut memanggil pemain tengah berpengaruh, Brendan Gan untuk mengemudi jentera tengah pasukan.

Empat lagi pemain baharu adalah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Sharul Nazeem Zulpakar, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.

Secara keseluruhan, Pan Gon mengekalkan seramai 17 daripada 23 pemain skuad kebangsaan yang sebelum ini membawa Malaysia mara ke Piala Asia 2023 pada kempen kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

Senarai pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya. Foto FB FAM
Senarai pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya. Foto FB FAM

Pan Gon turut menyenaraikan 16 pemain yang diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan senarai 25 pemain berkenaan.

Pemain negara akan menjalani latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula Jumaat sehingga Isnin sebelum berlepas ke Chiang Mai.

Artikel Berkaitan:

Skuad negara diundi berdepan tuan rumah, Thailand bagi aksi pertama pada 22 September sebelum dijaduakan bertemu sama ada Trinidad dan Tobago atau Tajikistan untuk aksi kedua, 25 September.