Payet bakal beraksi berdepan Eintracht Frankfurt

Payet - Foto Getty Images
Payet - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Marseille, Igor Tudor mengesahkan pemain Perancis, Dimitri Payet kini bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama berdepan kelab Jerman, Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Juara-Juara di Stade Velodrome, pada Rabu.

Menurut Tudor, dia memiliki perancangan tersendiri buat pemain berusia 35 tahun yang sebelum ini lebih banyak 'memanaskan' bangku simpanan.

Setelah lebih banyak berada di bangku simpanan, saya mempunyai perancangan tersendiri untuk Payet, tambahan pula dia kini dalam keadaan cergas dan kelihatan berada pada kondisi yang cukup baik untuk beraksi.

"Saya telah menemuinya dan menerangkan bahawa dia mungkin akan beraksi dalam kesebelasan utama.

"Dia gembira dengan penerangan saya dan berjanji untuk memberikan aksi terbaik bagi memastikan kejayaan pasukan," katanya.

Untuk rekod, Marseille tewas 0-2 kepada Tottenham Hotspur pada aksi pertama Kumpulan D, 8 September.

Sementara itu, Tudor berharap kehadiran Payet mampu menambah sengat pada jentera serangan skuad kendaliannya dalam usaha melakar kemenangan kali ini.

Katanya, dengan pengalaman yang dimiliki, pemain berkenaan diyakini mampu untuk mencorakkan serangan dan seterusnya merobek gawang lawan.

Artikel Berkaitan:

"Saya melihat kualiti pada Dimitri. Dia juga sentiasa positif dan ini secara tidak langsung akan membantunya untuk beraksi dengan lebih baik," katanya.