Tiga resolusi Makkal Sakti kepada BN

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran menyerahkan resolusi kepada Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke 14 Parti Makkal Sakti Malaysia. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran menyerahkan resolusi kepada Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke 14 Parti Makkal Sakti Malaysia. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti pada Ahad mengeluarkan tiga resolusi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Perhimpunan Agung Tahunan yang dianjurkan kali Ke-14.

Presidennya, Datuk Seri RS Thanenthiran berkata tiga resolusi tersebut pertamanya adalah memohon untuk menjadi parti komponen dalam BN seperti yang dilakukan oleh mereka setiap 10 tahun.

“Setiap 10 tahun kami memohon menjadi komponen BN, tidak pernah lulus. Kita teruskan permintaan agar dapat menjadi parti komponen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan resolusi tersebut kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tambah Thanenthiran, resolusi kedua adalah meminta agar mereka dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Setiap 10 tahun kami memohon menjadi komponen BN, tidak pernah lulus. Kita teruskan permintaan agar dapat menjadi parti komponen,” katanya.

Beliau dalam ucapannya sebelum itu berkata, ini kerana Ahmad Zahid pernah berjanji dalam sebuah Pilihan Raya Kecil (PRK) agar Presiden Parti Makkal Sakti diberikan kerusi Parlimen.

“Dan sekali lagi Datuk Seri Ahmad Zahid telah memastikan agar Friends Of BN akan bertanding dalam PRN Johor.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun kita tidak dapat (bertanding PRN Johor) tetapi ketaatan dan kesetiaan kami tidak berubah,” ujarnya.

Thanenthiran berkata, resolusi ketiga yang dikeluarkan adalah agar jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau jawatan utama dalam kerajaan yang dipimpin oleh BN dibahagikan sama rata.