Ruud hampiri gelaran nombor satu dunia

Ruud ketika meraikan kemenangan ke atas Tifoe. - Foto ATP Tour
Ruud ketika meraikan kemenangan ke atas Tifoe. - Foto ATP Tour
A
A
A

PEMAIN ranking ketujuh dunia dari Norway, Casper Ruud kian menghampiri gelaran pemain nombor satu dunia apabila mara ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Pemain berusia 23 tahun itu menumpaskan pemain Rusia, Karen Khachanov, 7-6(5), 6-2, 5-7, 6-2 dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

Menurut Ruud, dia sememangnya teruja dengan kemenangan berkenaan dan berazam melakukan yang terbaik di pentas final nanti untuk muncul selaku pemain nombor satu dunia.

“Perlawanan hari ini (Sabtu), merupakan antara perlawanan penting dan hebat yang pernah saya lalui.

“Bagi saya, kami sama-sama berasa gementar pada perlawanan berkenaan, namun mungkin saya berjaya mengatasi perasaan itu.

“Hasilnya, saya berjaya memenangi set pertama dan kedua. Walaupun Khachanov cuba bangkit dengan memenangi set ketiga, namun saya semakin yakin pada perlawanan itu dan menewaskannya pada set keempat,” katanya sejurus tamat aksi separuh akhir berkenaan.

Untuk rekod, Ruud yang tewas kepada pemain Sepanyol, Rafael Nadal di Terbuka Perancis pada Jun, bakal berdepan pemain tuan rumah yang juga pemain ranking 27 dunia, Francis Tiafoe di pentas final, Isnin ini.

Sekiranya Ruud menang, dia bakal muncul selaku pemain Norway pertama yang berada pada ranking nombor satu dunia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Ruud berkata, selain bertarung untuk gelaran pemain nombor satu dunia Isnin ini, dia juga berazam untuk merangkul gelaran Grand Slam pertamanya setelah terlepas peluang berbuat demikian pada final Terbuka Perancis Jun lalu.

“Saya begitu teruja untuk final kali ini dan berharap mampu melakukan yang terbaik untuk muncul sebagai pemain nombor satu dunia dan meraih gelaran Grand Slam sulung dalam karier saya,” katanya.