Kemasukan pelajar politeknik kembali pulih

Kemasukan pelajar ke politeknik kembali pulih selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19. - Foto Politeknik Kota Bharu (Gambar dalam : Zainab
Kemasukan pelajar ke politeknik kembali pulih selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19. - Foto Politeknik Kota Bharu (Gambar dalam : Zainab
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 70 hingga 80 peratus kemasukan pelajar ke politeknik di seluruh negara setiap tahun melibatkan pekerja sementara dan lepasan sekolah menengah.

Bagaimanapun, pendidikan mereka tertangguh akibat pandemik Covid-19 dan ada yang terpaksa bekerja untuk meneruskan kehidupan serta membantu keluarga.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Zainab Ahmad berkata, dalam tempoh itu juga semua institusi pendidikan terjejas akibat ekonomi dan faktor lain.

"Kini, selepas lebih dua tahun, kemasukan pelajar ke politeknik kembali pulih dan keadaan kewangan juga semakin baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke-35 di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, kerajaan dan sistem pendidikan sedaya upaya memudah cara pelajar untuk mereka kembali ke kampus.

"Kita percaya ramai dalam kalangan belia yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang kemahiran," katanya.

Zainab juga yakin politeknik berupaya sebagai pusat Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus relevan melahirkan tenaga kerja mahir.

Tambah beliau, komitmen serta kolaboratif pihak terlibat dapat membantu hasrat Kementerian Pengajian Tinggi menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global berteraskan TVET.

Artikel Berkaitan: