Sultan Johor, permaisuri zahir takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bergambar bersama Ratu Elizabeth pada 10 Mei 2019. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bergambar bersama Ratu Elizabeth pada 10 Mei 2019. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, pada Khamis.

Dalam catatan di Facebook, pasangan diraja itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Great Britain.

"Kami amat berdukacita mendengar berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), pada Jumaat.

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: