Berisiko ambil rasuah

Noraini (tengah) bergambar bersama kakitangan dan jemputan selepas merasmikan OACP MPK 2022-2026 di Dewan Hamzah, Klang pada Khamis.
Noraini (tengah) bergambar bersama kakitangan dan jemputan selepas merasmikan OACP MPK 2022-2026 di Dewan Hamzah, Klang pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Walaupun pengurusan perolehan merupakan satu proses yang sangat penting, namun ia merupakan bidang yang berisiko tinggi berlakunya rasuah serta penyelewengan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan sehubungan itu berkata, nilai integriti dan akauntabiliti menuntut semua peringkat pegawai dalam bidang berkenaan supaya sentiasa teliti serta telus dalam melaksanakan pengurusan perolehan.

"MPK berjaya membangunkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Majlis Perbandaran Klang 2022-2026. Di bawah Pelan ini memfokuskan kepada empat bidang keutamaan iaitu Tadbir Urus dan Pengurusan, Kewangan dan Perolehan, Perancangan dan Pembangunan serta Penguatkuasaan dan Pelesenan," katanya ketika merasmikan OACP MPK 2022-2026 di Dewan Hamzah di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Azuan Adzhar.

Noraini (tiga kanan) merasmikan OACP MPK 2022-2026 di Dewan Hamzah di Klang.
Noraini (tiga kanan) merasmikan OACP MPK 2022-2026 di Dewan Hamzah di Klang.

Noraini berkata, pelaksanaan empat bidang keutamaan tersebut diterjemahkan kepada 46 pelan tindakan melibatkan semua jabatan, bahagian dan unit di MPK bagi tempoh lima tahun.

Menurutnya, inisiatif yang dirangka di dalam dokumen OACP MPK merupakan komitmen secara kolektif MPK untuk bersama-sama memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dikenali kerana integriti serta perkhidmatan cekap dan telus.

"Saya yakin visi OACP MPK iaitu 'Membentuk warga MPK yang berintegriti dan bebas rasuah ke arah bandar raya diraja dan warisan yang mampan' akan dapat dicapai sekiranya setiap warga MPK dapat membudayakan konsep pencegahan serta memelihara integriti dalam pelaksanaan tanggungjawab dan tugasan seharian.

Artikel Berkaitan:

"Ini termasuk menolak amalan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa," ujar beliau.