110,858 bayi dilahirkan suku kedua 2022

56,801 kelahiran bayi lelaki dicatatkan manakala 54,057 bayi wanita pada suku kedua 2022. - Gambar hiasan foto 123RF.
56,801 kelahiran bayi lelaki dicatatkan manakala 54,057 bayi wanita pada suku kedua 2022. - Gambar hiasan foto 123RF.
A
A
A
PUTRAJAYA - Jumlah kelahiran hidup pada suku kedua tahun 2022 meningkat 0.2 peratus iaitu daripada 110,657 kelahiran pada suku kedua 2021 kepada 110,858 kelahiran pada 2022, menurut stastistik demografik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM dalam satu kenyataan memaklumkan, suku kedua 2022 merekodkan seramai 56,801 kelahiran bayi lelaki dicatatkan manakala 54,057 bayi wanita.

Menurut kenyataan itu Selangor mencatatkan kelahiran hidup paling ramai dengan 22,017 kelahiran atau 19.9 peratus, manakala Labuan mencatatkan kelahiran terendah dengan 413 kelahiran.

Kenyataan DOSM menyebut, sejumlah 46,772 kematian dicatatkan pada suku kedua 2022, menurun 6.9 peratus berbanding suku kedua 2022 (50,130 kematian).

"Sejumlah 655 kematian berkaitan dengan Covid-19, yang menyumbang 1.4 peratus dari jumlah keseluruhan kematian pada suku kedua 2022,” menurut kenyataan itu.



Kenyataan DOSM itu menyebut populasi Malaysia dianggarkan seramai 32.7 juta pada suku kedua 2022 yang merupakan peningkatan 0.2 peratus, berbanding 32.6 juta pada suku kedua 2021.
Artikel Berkaitan:


Tiga negeri dengan populasi tertinggi ialah Selangor iaitu 21.6 peratus, diikuti Johor 12.3 peratus dan Sabah 10.4 peratus. - Bernama