Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin

-Foto ihsan Istana Kelantan
-Foto ihsan Istana Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bakal melangsungkan perkahwinan dengan Cik Puan Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar Kota Bharu, 19 April ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dalam satu sidang media di Istana Balai Besar, disini.

Menurutnya, Cik Puan Sofie Louise Johansson, 33, merupakan kenalan lama baginda Tengku Mahkota dan merupakan warga Sweden.

"Baginda juga turut bertitah, semua cenderamata sempena istiadat perkahwinan tersebut disumbangkan kepada badan-badan kebajikan negeri seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk), rumah-rumah anak yatim, rumah orang tua dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

"Baginda juga berharap seluruh rakyat mendoakan kebahagiaan baginda, semoga dipermudahkan segala urusan dan berkekalan sehingga ke jannah, Insya-ALLAH," katanya.

Tengku Mohamed Faziharudean berkata, istiadat perkahwinan diraja ini dibuat secara sederhana serta tertutup dan akan dihadiri kaum kerabat diraja Kelantan dan sahabat-sahabat terdekat baginda.

Istiadat tersebut akan dilangsungkan pada sebelah malam dan dimulakan dengan akad nikah, sejurusnya majlis bersanding.

Artikel Berkaitan:

Tengku Mohamed Faziharudean (dua,kanan) semasa sidang media tersebut.
Tengku Mohamed Faziharudean (dua,kanan) semasa sidang media tersebut.