Lelaki warga asing cedera ditikam

Seorang lelaki warga asing ditemui terbaring di Jalan Radin Bagus 8, Sri Petaling, pada Rabu.
Seorang lelaki warga asing ditemui terbaring di Jalan Radin Bagus 8, Sri Petaling, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki warga asing cedera ditikam dalam pergaduhan di Jalan Radin Bagus 8, Sri Petaling, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian pada jam 3.49 pagi, anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Balai Polis Sri Petaling menjumpai mangsa berusia 30an terbaring di tepi jalan itu.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, terdapat kesan tikaman pada pinggang sebelah kiri mangsa.

"Mangsa merupakan warganegara asing dipercayai dalam keadaan mabuk telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Amihizam berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Pihak polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan semasa kejadian, namun hasil rakaman kamera litar tertutup, kami berjaya menahan lima lelaki berusia 20an hingga 30an disyaki terlibat dalam pergaduhan terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di muka dua daripada semua suspek," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan: