Penyandang juara bergelut di Celtic Park

Ancelotti (kiri) mengucapkan tahniah kepada Hazard selepas aksi Real Madrid menentang Real Madrid di Celtic Park, Glasgow pada Rabu. - Foto AFP
Ancelotti (kiri) mengucapkan tahniah kepada Hazard selepas aksi Real Madrid menentang Real Madrid di Celtic Park, Glasgow pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

PENYANDANG juara Real Madrid dipaksa bergelut sebelum melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas kelab Celtic dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di Celtic Park pada Rabu.

Mengakui situasi itu pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan juara La Liga Sepanyol tersebut terpaksa menderita sebelum menunjukkan kelas sebenar juara 14 kali kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut kepada Celtic.

“Sejujurnya Celtic adalah pasukan yang bagus dan konsisten sepanjang perlawanan ini. Kami bimbang tentang permainan kerana kami tahu apa yang mereka telah lakukan semasa menentang Rangers.

“Ya, kami menderita sepanjang separuh masa pertama tetapi adalah perkara biasa untuk menderita di laman pelawat yang mendapat sokongan padu para penyokong tuan rumah.

“Ya, suasana di stadium sangat hebat. Sesungguhnya kami sangat gembira apabila dapat menunjukkan permainan bola sepak yang baik kepada para penyokong Celtic,” kata Ancelotti.

Pada masa sama Ancelotti berkata, pengalaman dan kekuatan mental dalam kalangan para pemain Real Madrid antara pencetus kepada kejayaan meraih tiga mata itu.

“Terdapat banyak pemenang dalam perlawanan hari ini terutamanya Eden Hazard yang telah mencipta gol dan bantuan.

“Dia sangat bermotivasi untuk bermain. Bukan mudah untuk dia masuk kerana kami bergelut pada separuh masa pertama tetapi kami berjaya mengatasi dengan lebih baik pada separuh masa kedua,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Gol daripada Vinicius Junior (56'), Luka Modric (60') dan Hazard (77') pada separuh jam terakhir memberikan kemenangan selesa 3-0 untuk juara Eropah itu.

Real Madrid sebelum itu kehilangan khidmat peledak sensasi, Karim Benzema yang digantikan Hazard apabila bintang Perancis itu mengalami kecederaan selepas setengah jam perlawanan.

“Buat masa ini (Benzema) tidak membimbangkan. Dari penilaian pertama ia tidak terlalu serius. Kami akan menunggu melihat apa yang dikatakan oleh pemeriksaan perubatan. Kita tidak tahu lagi sama ada berkaitan berotot atau tidak,” katanya.