Berita baik berkaitan RUU 355 diumum dalam masa terdekat

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Berita baik bakal diumumkan oleh kerajaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355.

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, ia akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dalam masa terdekat.

"Akan ada berita baik tentang RUU355. Saya tidak boleh lebih daripada Kementerian Agama, tetapi sebab kita duduk dalam Kementerian Agama, kita tahu akan ada berita baik selepas ini," katanya dalam Wacana Sinar Harian bertajuk PRU15: Pakai Logo Apa pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan sedang mempergiat usaha mendraf RUU 355 bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setelah RUU 355 dimuktamadkan kelak, ia akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

Artikel Berkaitan: