Mural 'Caution: Jerebu Is Coming Back' dirosakkan dua kali

Huruf R diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Huruf R diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah mural yang dilukis oleh aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza telah dirosakkan dua kali selepas ia disiapkan pada Ahad.

Mural tersebut yang tertulis 'Caution: Jerebu Is Coming Back' telah dilukis oleh Fahmi sebagai mesej kepada syarikat milik Malaysia yang terlibat dengan pembakaran terbuka sehingga mencetuskan keadaan jerebu di beberapa negara sejak sekian lama.

"Jerebu akan kembali jika kita tidak berbuat apa-apa. Seperti biasa, setiap tahun akan ada pembakaran hutan yang berlaku di ladang kelapa sawit di Indonesia yang melibatkan syarikat-syarikat Malaysia sekali gus menyebabkan masalah jerebu.

"Jerebu tidak akan berlaku kalau kita dapat hentikan syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembakaran hutan di Indonesia," katanya dalam video di laman Twitternya.

Mural tersebut telah dilukis berhampiran bangunan Wisma Megah di Jalan Tun Tan Cheng Lock di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada jam 3 petang Isnin, aktivis itu memuat naik beberapa gambar muralnya yang telah dirosakkan.

"Belum sampai 24 jam dah ada manusia yang paint over kaki huruf "R" perkataan jerebu dengan cat atau spray paint warna kuning. Pantas betul mereka buat kerja! Betul-betul gigih," katanya.

Fahmi telah membaiki muralnya dan ia kembali dalam keadaan asal sebelum sekali lagi diconteng pada hari ini (Selasa).

Artikel Berkaitan:

Fahmi juga meminta tolong orang ramai untuk sama-sama membaiki mural tersebut jika dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Ada geng yang boleh pergi betulkan huruf "J" yang kena conteng tu? Guna spray paint warna kuning je. Kita gotong-royong jaga protest mural ni. Mereka conteng, kita cat balik," katanya.