Pemimpin India, Pakistan ucap tahniah pelantikan PM baharu Britain

Tangkap layar laporan Sinar Harian pada 5 September 2022.
Tangkap layar laporan Sinar Harian pada 5 September 2022.
A
A
A

NEW DELHI - Pemimpin India dan Pakistan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Britain yang baharu, Liz Truss.

"Tahniah @trussliz kerana dipilih menjadi PM UK yang baharu. Yakin bahawa di bawah kepimpinan anda, Perkongsian Strategik Komprehensif India-UK akan diperkukuh lagi. Didoakan yang terbaik untuk peranan terbaharu anda dan tanggungjawab yang bakal digalas," kata Perdana Menteri India Narendra Modi menerusi ciapan di Twitter.

"Saya mengucapkan tahniah kepada @trussliz kerana dipilih sebagai ketua Parti Konservatif. Pemilihan itu mencerminkan keyakinan tinggi oleh kepimpinan Tory terhadap visi dan dasar beliau," kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menerusi ciapannya.

Truss, 47, memperoleh 81,326 undi menentang pencabarnya Rishi Sunak yang hanya mendapat 60,399 undi dalam pemilihan kepimpinan parti bagi menggantikan Perdana Menteri Boris Johnson. - Bernama