Polis Johor tahan lima lelaki, rampas 46,000 liter diesel bersubsidi

Satu lokasi penyimpanan diesel bersubsidi di Taman Perindustrian Maju Jaya Kempas diserbu polis menerusi Op Kontraban, pada Isnin.
Satu lokasi penyimpanan diesel bersubsidi di Taman Perindustrian Maju Jaya Kempas diserbu polis menerusi Op Kontraban, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan lima lelaki dipercayai terlibat aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Op Kontraban di tiga lokasi sekitar bandar raya ini, pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan bermula pada jam 2 pagi itu, sebanyak 46,000 liter diesel, sebuah lori dan wang tunai membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM159,722 dirampas.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di sebuah stesen minyak di Taman Abad lebih kurang jam 2.00 pagi, membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dan sebuah lori bersama muatan minyak diesel bersubsidi.

"Seterusnya polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun di Taman Tun Ungku Aminah kira-kira jam 2.30 pagi. Polis merampas wang tunai dipercayai digunakan untuk melakukan transaksi pembelian diesel bersubsidi sekitar bandar raya ini.

"Rentetan penahanan dua suspek terbabit, polis menyerbu sebuah tempat penyimpanan diesel bersubsidi di Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas kira-kira jam 11.30 pagi. Tiga lelaki warga asing berusia 26 hingga 34 tahun turut ditahan,," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut Kamarul Zaman, semakan rekod lampau ke atas suspek lelaki tempatan berusia 42 dan 29 tahun itu mendapati, mereka pernah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan: