31,000 tandatangan petisyen pengampunan Najib, 120,000 bantah

Tangkap layar Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pula memperoleh lebih 120,000 tandatangan (Gambar kanan : Tangkap layar Petisyen Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang dibuat oleh BNComms Selangor di platform change.org mendapat lebih 31,000 tandatangan)
Tangkap layar Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pula memperoleh lebih 120,000 tandatangan (Gambar kanan : Tangkap layar Petisyen Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang dibuat oleh BNComms Selangor di platform change.org mendapat lebih 31,000 tandatangan)
A
A
A

SHAH ALAM - Petisyen Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang dibuat oleh BNComms Selangor di platform change.org mendapat lebih 31,000 tandatangan setakat jam 5 petang Isnin.

Petisyen dilancarkan sejak seminggu itu merupakan usaha bagi memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Petisyen tersebut menyasarkan untuk mendapat 35,000 tandatangan.

Dalam pada itu, satu lagi petisyen iaitu Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pula memperoleh lebih 120,000 tandatangan untuk tempoh yang sama setakat petang Isnin.

Petisyen berkenaan dilancarkan sejak 23 Ogos lalu, iaitu sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib dalam perbicaraan kes SRC.

Menerusi petisyen tersebut, ia menyasarkan mengumpul 150,000 tandatangan bagi memastikan tiada pengampunan diberikan terhadap Najib.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan terdiri daripada panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mendapat mendapati pembelaan Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Untuk rekod, Najib telah disabitkan bersalah pada 28 Julai 2020 bagi kesemua pertuduhan dalam kes tersebut oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Mohd Nazlan.

Artikel Berkaitan: