Najib hadir di Mahkamah Tinggi

Najib hadir ke Mahkamah Tinggi pada Isnin bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib hadir ke Mahkamah Tinggi pada Isnin bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi pada Isnin bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun bekas Perdana Menteri itu sebelum ini dilapor dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menerusi laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang tiba sekitar 8.50 pagi di Mahkamah Tinggi.

Najib, 69, dilihat memakai sut berwarna gelap dan diiringi pegawai penjara bagi menghadiri prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Turut kelihatan hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada Ahad, pegawai Najib dilaporkan mengesahkan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Bagaimanapun, keadaan Najib dilapor stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang diperlukan.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Artikel Berkaitan: