PRU15: UMNO Selangor minta kemuka lima nama calon setiap kerusi

Setakat ini beberapa bahagian sudah menghantar senarai tersebut, bagaimanapun masih terdapat UMNO bahagian belum mengemukakan nama calon.

Noh (kiri) memukul gong sebagai simbolik pada Majlis Perasmian Klinik Zahran Tanjong Karang dan Penyerahan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat pada Ahad.
Noh (kiri) memukul gong sebagai simbolik pada Majlis Perasmian Klinik Zahran Tanjong Karang dan Penyerahan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat pada Ahad.
A
A
A

TANJONG KARANG - UMNO Selangor meminta setiap bahagian di negeri ini mengemukakan senarai lima calon berpotensi diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, senarai lima calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu merupakan arahan dan ketetapan diputuskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Menurut beliau, setakat ini beberapa bahagian sudah menghantar senarai tersebut, bagaimanapun masih terdapat UMNO bahagian yang belum mengemukakan nama calon.

"Penyenaraian nama calon masih dalam proses dan kita masih menanti beberapa bahagian lagi untuk penyenaraian nama calon mewakili parti dan BN," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Klinik Zahran Tanjong Karang dan Penyerahan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat di Pekarangan Klinik Zahran pada Ahad.

Dalam pada itu, Noh memberitahu, senarai nama calon di peringkat bahagian di Selangor akan diserahkan kepada UMNO negeri dan kemudian menyerahkannya kepada pusat.

"Setiap kerusi kita arahkan lima nama calon termasuk penyandang bagi menghadapi PRU15," jelas beliau.

Sinar Harian pada 24 Ogos lalu melaporkan, UMNO Bahagian Kuala Selangor sudah menghantar senarai 20 nama calon untuk bertanding mewakili parti itu pada PRU15.

Ketuanya, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, seramai 15 nama calon dihantar untuk bertanding di tiga kerusi DUN dan lima calon lagi di kerusi Parlimen.

Artikel Berkaitan: