Everton 'ikat' Liverpool di Goodison Park

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker turut beraksi cemerlang menafikan gawangnya daripada dibolosi ketika aksi menentang Everton di Goodison Park sebentar tadi.
Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker turut beraksi cemerlang menafikan gawangnya daripada dibolosi ketika aksi menentang Everton di Goodison Park sebentar tadi.
A
A
A

DUA jiran tetangga - Everton dan Liverpool berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park sebentar tadi.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford dijulang sebagai wira apabila menafikan deretan percubaan jentera serangan Liverpool yang diketuai Darwin Nunez.

Nunez dan Luiz Diaz hampir meletakkan Liverpool di depan pada penghujung babak pertama, namun percubaan mereka singgah di tiang gol Everton.

Pickford yang juga penjaga gol England turut berjaya menggagalkan percubaan Roberto Firmino sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang perlawanan berlangsung.

Mohamed Salah turut berpeluang merobek gawang Everton, namun bola rembatannya pada penghujung perlawanan sekadar mengenai palang.

Sebelum itu, bekas pertahanan Liverpool, Conor Coady berjaya memecah kebuntuan gol apabila menyudahkan hantaran Neal Maupay pada pertengahan babak kedua.

Namun, jaringan itu dibatalkan selepas semakan menerusi video bantuan pengadil (VAR) apabila Coady didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

Artikel Berkaitan: