Beruang 'ceroboh' kawasan sarang madu dipindahkan

Perhilitan Selangor menangkap seekor beruang jantan seberat 80kg yang membuat kacau ganggu di kawasan madu kelulut di Kuala Kubu Bharu.
Perhilitan Selangor menangkap seekor beruang jantan seberat 80kg yang membuat kacau ganggu di kawasan madu kelulut di Kuala Kubu Bharu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seekor beruang dewasa jantan dikesan membuat kacau ganggu di kawasan sarang madu kelulut penduduk tempatan di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu, di sini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Selangor telah memasang perangkap di kawasan terbabit pada awal bulan lalu.

Beruang tersebut dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai, Perak untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan sebelum dilepaskan ke habitat asal.
Beruang tersebut dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai, Perak untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan sebelum dilepaskan ke habitat asal.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya memaklumkan beruang seberat 80 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap pada 29 Ogos lalu.

"Beruang tersebut dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai, Perak untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan.

"Pemeriksaan mendapati beruang seberat 80kg itu sihat dan akan dilepaskan ke habitat asal," katanya di Facebook pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: