Jangan pandang rendah Leicester City

Potter - Foto AFP
Potter - Foto AFP
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KESEMUA pemain Brighton diingatkan agar tidak memandang mudah aksi berdepan Leicester City di Stadium Falmer, pada Ahad.

Pengendali Brighton, Graham Potter berkata, kesemua pemain perlu bersedia secukupnya kerana Leicester City pasti akan beraksi dengan penuh semangat dalam usaha melakar kejayaan dan membawa pulang tiga mata berharga.

Malah menurut Potter, kesebelasan The Seagulls itu diharap tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang mampu membuka ruang kepada skuad The Foxes itu bagi mencuri mata pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kali ini.

“Biarpun mereka berada pada kedudukan tercorot EPL ketika ini, tetapi bagi saya saingan baru sahaja bermula dan mereka masih ada banyak masa untuk memperbaiki kedudukan.

“Oleh itu, perkara yang paling penting ketika ini adalah bagaimana untuk kita mencorak percaturan taktikal pasukan bagi berdepan mereka.

“Selain itu, dalam masa sama, kita turut mahukan setiap perlawanan yang kita harungi nanti bakal memberikan kita mata yang cukup berharga,” katanya.

Untuk rekod, Brighton kini berada pada kedudukan keempat EPL dangan 10 mata setelah mengharungi liga perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Potter mengakui dia cukup mengagumi reputasi pengendali The Foxes, Brendan Rodgers yang disifatkan sebagai seorang pengendali berkaliber dalam saingan EPL.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Rodgers juga sering melakukan tindakan tepat dengan membawa masuk pemain yang bersesuaian untuk beraksi dengan Leicester City.

“Saya cukup kagum dengan Rodgers. Lihat sahajalah, ke mana sahaja dia pergi, pasukan dikendalikannya pasti akan melakar kejayaan.

“Selain itu, rekodnya juga sangat cemerlang termasuk dengan meningkatkan status kelab serta pemain berada di bawah seliaannya selama ini,” katanya.