Ngah Wanja bantu KDA FC menang aksi derbi utara

Penyerang KDA FC, Ronald Ngah Wanja dikawal ketat dua pemain Penang FC pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat. - Foto KDA FC
Penyerang KDA FC, Ronald Ngah Wanja dikawal ketat dua pemain Penang FC pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat. - Foto KDA FC
A
A
A

JARINGAN Ronald Ngah Wanja cukup untuk membantu Kedah Darul Aman (KDA) FC mengatasi Penang FC 1-0 pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Jaringan tersebut muncul pada minit ke-56 menerusi satu serangan balas melalui hantaran Al Hafiz sebelum Ngah Wanja melakukan larian solo untuk menjaringkan gol.

Mahmoud Al Mahdi berpeluang untuk menambah jaringan pada minit ke-63 namun tandukan dari luar kotak penalti cuba mengelirukan penjaga gol pelawat, Hafizul Hakim Khairul Nizam namun berjaya diselamatkan olehnya

Lucas Silva hampir membantu Penang FC untuk mengikat kedudukan KDA FC pada minit ke-69 namun percubaannya sedikit tersasar.

Penyerang Harimau Kumbang itu juga sekali lagi hampir membantu pasukannya untuk membawa pulang satu mata namun tiang pula menjadi penghalang pada minit ke-88.

Pada pusingan pertama Liga Super 2022, KDA FC juga berjaya mengatasi Penang FC 1-2 di Stadium Bandaraya dan kemenangan malam ini menjadi milik Sang Kenari.

Kemenangan tersebut menyaksikan KDA FC kekal di tangga ketujuh dengan 21 mata selepas 15 perlawanan manakala Penang FC di dasar liga super dengan tujuh mata selepas 17 perlawanan.

Artikel Berkaitan: